Wednesday 16 August 2017

PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING TAHUN 2017



PROGRAM JOM KE SEKOLAH
23 JANUARI 2017(Isnin)

Satu Program “Jom Ke Sekolah” telah dijalankan bersempena menyambut murid untuk sesi persekolah pada bulan pertama dengan tema “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid, mengurangkan masalah salah laku disiplin serta bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang akademik serta kokurikulum. Program ini dijalankan di bawah kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji. Majlis pelancaran program ini diadakan di Dataran Ilmu SMK Pinji yang bermula tepat pada pukul 8.00 Pagi. Majlis ini dihadiri oleh YB. Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah (Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), Inspektor Kelvin Anak Meng (Wakil Pegawai Polis), dan semua warga SMK. Pinji. Antara gambar majlis perasmian Program Jom Ke Sekolah :-







PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID
20 FEBUARI 2017

Program ini bermula pada pukul 7.15 Pagi, bertempat di Dataran Ilmu SMK. Pinji. Program ini dijalankan bertujuan untuk mengiktirafkan barisan pemimpin murid bagi tahun 2017 serta memberi penghargaan kepada barisan kepimpinan yang telah lalu. Barisan kepimpinan tahun ini terdiri daripada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Ketua Tingkatan. Antara gambar majlis Program Watikah Pelantikan Pemimpin Murid termasuklah:-



PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR
15 APRIL 2017
Program Kepimpinan Pemimpin Pelajar ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Pusat Sumber dan Majlis Ketua Tingkatan SMK. Pinji. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan berkaitan dengan cara membantu dalam pengendalian tugas yang pelbagai kepada pemimpin sekolah sebagai panduan serta bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dengan lebih berkesan. Program ini disertai oleh barisan pemimpin dari Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Ketua Tingkatan seramai 160 orang pelajar.



PROGRAM INTERVENSI PONTENG
10 JULAI 2017
Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Justeru itu, masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas ini perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan dari timbul pelbagai gejala buruk yang lain akibat dari perilaku ponteng tersebut. Program Intervensi Ponteng ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kesalahan perilaku ponteng di samping memberi pendedahan berkaitan kesan buruk daripada kegiatan yang dijalankan tersebut serta motivasi kepada pelajar untuk datang ke sekolah/kelas dengan lebih kerap. Justeru itu, program ini dijalankan dalam beberapa siri program untuk memgurangkan serta membanteras gejala ini dari terus merebak dan berleluasan di SMK. Pinji ini. Program ini bermula pada 10 Julai sehingga akhir Oktober bermula pada pukul 12.50tengahari sehingga 1.50petang.





PROGRAM KERJAYA “TEKAD”

12 SEPTEMBER 2017

Program Kerjaya ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid Tingkatan 5 berkaitan dengan hala tuju kerjaya yang bakal diceburi oleh mereka suatu hari nanti. Dengan adanya program ini,murid akan lebih mengenali personaliti diri mereka melalui pendedahan daripada Ujian DSCI. Program ini telah dijalankan selama 3 Jam bermula selepas rehat sehingga tamat waktu persekolahan. Secara ringkas perjalanan program ini bermula dengan pembahagian murid ke dalam tiga kumpulan besar dan dipecahkan kepada tiga stesen yang berbeza. Murid akan bergerak mengikut kumpulan berdasarkan stesen yang disediakan tersebut. Antara stesen yang disediakan tersebut termasuklah stesen ‘games’ ,stesen inventori dan stesen hala tuju kerjaya serta pekerjaan mengikut bidang yang diminati. Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa program dijalankan:








Gambar-gambar yang lain sila klik link dibawah :

*pastikan ada aps. google doc. bagi pengguna telefon.

https://docs.google.com/document/d/1zV3UtM0C0sbk7SzNgkLh_7ZpKhCSEIGUTw07hvnfVDo/edit?usp=sharing





Thursday 10 August 2017

TAKWIN DAN PROGRAM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Takwin ini dipaparkan sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat umum berkaitan dengan program yang telah dijalankan di unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Pinji bagi tahun 2017. Program-program yang bakal dan telah dijalankan ini bertujuan untuk membantu para pelajar di samping mengiktirafkan kehadiran mereka di sekolah serta bagi membentuk sahsiah mereka ke arah yang lebih baik. 😰


TAKWIM BULANAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 SMK PINJI TAHUN 2017

PROGRAM/ AKTIVITI
TENTATIF/BULAN
TARIKH
SASARAN
ORIENTASI TINGKATAN 1
JANUARI

4 &5 JANUARI
MURID TINGKATAN 1 & PERALIHAN
ORIENTASI TINGKATAN 4
6 JANUARI
MURID TINGKATAN 4
PENGURUSAN FAIL MURID
17 – 31 JANUARI
GURU KELAS
GBK
AMALAN GURU PENYAYANG
Ø  MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID
Ø  MENTOR MENTEE
Ø  PENGHARGAAN KEPADA MURID

SEPANJANG TAHUN

PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE:
27 JANUARI
24 FEBRUARI
31 MAC
28 APRIL
19 MEI
16 JUN
28 JULAI
18 OGOS
29 SEPTEMBER
27 OKTOBER
SEMUA MURID
PROGRAM JOM HADIR KE SEKOLAH
Ø  PENGHARGAAN KEHADIRAN SERATUS PERATUS BAGI SETIAP SESI/PENGGAL
Ø  PENGHARGAAN KEHADIRAN SERATUS PERATUS SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN 2017
Ø  CERAMAH
Ø  KAUNSELING BERFOKUS - PONTENG
Ø  SESI KAUNSELING
Ø  PERJUMPAAN DENGAN PENTADBIR
JANUARI HINGGA NOVEMBER
JANUARI HINGGA NOVEMBER
SEMUA MURID
KEMAHIRAN BELAJAR  SPM
FEBRUARI
10 FEBRUARI
MURID TINGKATAN 5
KEMAHIRAN BELAJAR PT3
17 FEBRUARI
MURID TINGKATAN 3
PROGRAM SARINGAN MINDA SIHAT
FEBRUARI-MAC
FEBRUARI-MAC
MURID TINGKATAN 4
HALA TUJU SELEPAS SPM

MAC
10  MAC
MURID TINGKATAN 5
KURSUS KEPIMPINAN MURID
MAC
31 MAC
PRS
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
AJK KOPERASI
KETUA KELAS
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 1
MAC - JUN
MAC - JUN
MURID TINGKATAN 1
KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
APRIL
8 APRIL
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
14 APRIL
SEMUA MURID
PAMERAN PENDIDIKAN IPTS SIRI 1
25 APRIL
MURID TINGKATAN 4
MURID TINGKATAN 5
PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH
1.           CERAMAH JATI DIRI
2.           SESI KAUNSELING
3.           KAUNSELING BERFOKUS
              (KUMPULAN MEROKOK)
1. MEI
2. BERDASARKAN KEPERLUAN
3.BERDASARKAN KEPERLUAN
4 MEI –CERAMAH JATI DIRI
MURID MASALAH DISIPLIN
BENGKEL MENULIS RESUME DAN TEMUDUGA
JULAI
5  JULAI
MURID TINGKATAN 5
PAMERAN PENDIDIKAN IPTS SIRI 2
OGOS
1 OGOS
MURID TINGKATAN 4
MURID TINGKATAN 5
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK  (PBS) TINGKATAN 3
1 -31 OGOS
MURID TINGKATAN 3
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEPTEMBER
7 SEPTEMBER
28 SEPTEMBER
MURID TINGKATAN 3
MURID TINGKATAN 5
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 4
1-30 SEPTEMBER
MURID TINGKATAN 4
MAJLIS MOHON RESTU PT3 & SPM
OKTOBER
4 OKTOBER
31 OKTOBER
MURID TINGKATAN 3
MURID TINGKATAN 5
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 5
1-31 OKTOBER
MURID TINGKATAN 5
TAKLIMAT PENAFSIRAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3
NOVEMBER
1 - 24 NOVEMBER
MURID TINGKATAN 3
PERKONGSIAN INFO KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
CERAMAH PDRM, PENJARA, AADK, PEJABAT KESIHATAN, LLPKN, IPTS


 PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK PINJI TAHUN 2017

BIL.
TARIKH
MASA
TAJUK
SASARAN
1.
4.1.2017-5.1.2017
7.30-1.20
Program Orientasi Tingkatan 1 Peralihan Tahun 2017
Peralihan Tingkatan 1
2.
6.1.2017
7.30-12.10
Program Orientasi Tingkatan 4
Tahun 2017
Tingkatan 4
3.
16.1.2017
7.15-8.20
Majlis Pelacaran Program 3S (Senyum, Sapa, Salam)
Semua Murid
4.
23.1.2017
7.30-9.30
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah
Tahun 2017
Semua Murid
5.
6.2.2017
7.15-8.05
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah dan Peti Aduan Disiplin Murid
Semua Murid
6.
20.2.2017
7.15-8.30
Majlis  Watikah Pelantikan Pemimpin pelajar
Pemimpin Murid
7.
14.2.2017
2.00-2.30
Program Pengurusan Stress (GBK1)
Program Motivasi Diri (GBK 2)
-Menengah Rendah
-Menengah Atas
8.
15.2.2017
2.00-3.30
Program Motivasi Diri (GBK 1)
Program Pengurusan Stress (GBK 2)
Menengah Rendah
-Menengah Atas
9.
21.2.2017
2.00-3.30
Program Motivasi Diri (GBK 1)
Menengah Rendah
-Menengah Atas
10.
9.3.2017
10.20-12.30
Ceramah Pencegah Jenayah Seksual
Murid Perempuan Tingkatan 1 & 2
11.
16.3.2017
10.00-11.30
Pameran Pendidikan Lepasan SPM 2016
Lepasam SPM
12.
4.3.2017
7.00-5.00
Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk U 2017
Pelajar Tingkatan 5
13.
3.4.2017
2.00-4.00
Penetapan Target PT3 dan SPM 2017
Calon Sasaran Cemerlang PT3 dan SPM
14.
4.4.2017
3.00-3.00
Memberi Penghargaan Kepada Murid
Semua Murid
15.
1.4.2017
10.00-12.00
Ekspo Pendidikan dan Kerjaya Dearah Kinta Utara
40 Orang Murid Tingkatan 5
16.
15.4.2017
8.00-12.30
 Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar
160 orang pemimpin murid
17.
26.4.2017
7.00-8.00
Penetapan Target SPM 2017
Semua Murid Tingkatan 5
18.
25.4.2017
7.30-7.45
Intervensi Masalah Kehadiran Ke Sekolah
15 Orang Murid
Tingkatan 1, 2 dan 4
19.
26.4.2017
7.30-7.50
Intervensi Masalah Kehadiran Ke Sekolah
35 Orang Murid
Tingkatan 1, 2 dan 4
20.
23.5.2017
7.15-7.45
Taklimat PLKN 2018
Semua Murid Tingkatan 5
21.
25.5.2017
7.30-7.45
Jom Ke Sekolah : Anugerah Kehadiran bulan Januari-April
89 Murid
22.
19.6.2017
7.30-8.00
Program Gilapan Permata PT3 & SPM 2017
29-Tingkatan 5
20-Tingkatan 3
23.
27.4.2017
8.30-9.30
Taklimat Bidang Hospitaliti
Murid kelas 5KI & 5K2

24.
4.7.2017
7.30-8.30

Program Intervensi Ponteng Kelas 4K2 (I)
Murid Ponteng 4K2
25.
12.7.2017
7.30-8.30

Program Intervensi Ponteng Kelas 4K2 (II)
Murid Ponteng 4K2
26.
11.7.2017
9.00-12.00
Pameran Pendidikan
Tingkatan 4
Tingkatan 5
27.
10.7.2017
12.50-2.20
Program Intervensi Ponteng : Tingkatan 1 - 5
Murid Ponteng
Tingkatan 1 - 5
28.
13.7.2017
12.50-1.50
Program Intervensi Ponteng : Tingkatan 1 - 5
Murid Ponteng
Tingkatan 1 - 5
29.
14.7.2017
10.00-12.00
Program Mentor Mentee : Jamuan Muhibah Aidilfitri 2017
Semua Murid
30.
17.7.2017
12.50-1.50
Intervensi Ponteng Menengah Rendah
Murid Ponteng Menengah Rendah
31.
18.7.2017
7.30-8.00
Intervensi Ponteng Menengah Atas
Murid Ponteng Menengah Atas
32.
20.7.2017
12.50-1.50
Intervensi Ponteng
Murid Ponteng
Tingkatan 1 - 5
33.
20.7.2017
1.20-2.20
Program Guru Muda PT3 & SPM
16-Murid Sasaran SPM
10-Murid Cemerlang PT3
34.
24.7.2017
12.50-1.50
Intervensi Ponteng Menengah Rendah
Murid Ponteng Menengah Rendah
35.
24.7.2017
1.20-2.20
Intervensi Ponteng Menengah Atas
Murid Ponteng Menengah Atas
36.
27.7.2017
12.50-1.50
Intervensi Ponteng
Murid Ponteng
37.
31.7.2017
8.30-1.50
Program Jati Diri Murid
Murid Ponteng
38.
3.8.2017
7.30-9.00
Motivasi Tingkatan 4 bersama Pengetua dan GBK
Murid Tingkatan 4
39.
3.8.2017
12.50-1.50
Intevensi Ponteng Menengah Rendah
Murid Ponteng
Tingkatan 1 – 3
40.
31.7.2017
1 Minggu
Minggu Pendidikan Pencegah Dadah
Semua Murid
41.
3.8.2017
1.20-2.20
Program Guru Muda SPM & PT3
Murid Sasaran Cemerlang
42.
10.8.2017
1.20-2.20
Program Guru Muda SPM & PT3
Murid Sasaran Cemerlang